Friday, January 27, 2012

Photo Terbaru





apakah senyuman dibibir biasan senyuman di hati...
hanya TUHAN yang lebih mengerti.....

kerana aku bukan sapa-sapa..tak punya apa-apa


diwajah mempamir suka
siapa tahu potret hati koyak dan bernanah...
aku yang terluka
meraung dan meronta
tak siapa yang peduli....

2 comments:

  1. Assalam Juriah,
    Cikgu baru baca blog Juriah.Tahniah!Bait-bait sajak yang ditulis amat menyentuh hati dan nurani cikgu.Sungguh indah susunan dan pilihan bait-baitnya.Cikgu sendiri tidak termampu menulis seperti itu.Ternyata seorang murid itu boleh lebih hebat daripada gurunya.Tahniah!Cuma komen cikgu kenapa semua bait-baitnya bernada sedih dan membayangkan kekecewaan?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Puan Kamsiah....

    SubhanALLAH...terharu dan tersentuhnya hati saya kerana cikgu sudi bertandang ke teratak blog saya..terima kasih cikguuu..

    Sungguh saya tidak menduga masih berpeluang lagi untuk berbicara dengan cikgu setelah kian lama kita berpisah...hampir...30 tahun..

    Puisi-puisi itu suara hati di dalam kehidupan ..begitulah..ada ketikanya kita ditatang takdir sehingga memekarkan perasaan indah dan gembira..namun kerapkalinya juga kita dihempas oleh perencanaanNYA..sehingga jiwa dikepung duka..dibeliti rasa kecewa dan derita..

    terima kasih sekali lagi cikguu...

    ReplyDelete