Monday, January 20, 2014

Benarkah Ada Bahagia Di Dalam Derita

Semua orang ingin menikmati kebahagiaan di dalam hidupnya. Tidak pernah ada orang yang mengimpikan penderitaan.Namun hanya segelintir manusia sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan. Ramai yang bertemankan penderitaan dan kesengsaraan. Saat itu jiwa bagaikan terhimpit. Dunia ini bagai dipenuhi duri kerikil yang amat tajam. Pasti akan melukakan kaki sewaktu melangkah. Pasti pedih. Pasti perit. Namun adakah disebabkan itu kita sebagai manusia berhenti untuk melangkah?

Kehidupan ini mesti diteruskan. Hayunan langkah tidak mungkin kita hentikan kerana kita perlu mencari sesuatu untuk hidup.