Sunday, February 7, 2010

Untukmu Kekasih

Dikala suaramu memeluk seluruh hatiku
Aku yang penuh harap
Terasing di dalam resah rindu
Mengalirkan hiba luka
Tak tersampaikan juga
Yang terpendam di jiwa
Engkaukah yang bertandang
Di kala hati kegelisahan
Ingin aku memiliki hati
Cinta dan dirimu
Walau sesaat waktu
Aku akan sabar menunggu
Dalam kepasrahan
Derita ketabahan
Terus merindu.
Maafkan Aku

maafkan atas segalanya
ada ketikanya aku menabur kemanjaan
pada waktu yang lain
kutebarkan kemarahan kecil dalam gurauan
dan kadang-kadang
aku sengaja mewujudkan keterasingan
antara kita berdua

nasihat bersulam rindu
sindiran terpintal bersama cinta
untuk kau teliti dan fikiri
untuk apa…kerana apa…
seteguh manakah jiwamu
sekuat manakah cintamu
samakah seperti yang selalu diucap

belaian, kasih sayang, kemanjaan
menyuburkan jiwa,
kutukan, hinaan akan menyebabkan satu bangsa itu
bersemarak semangat bangun meletakkan diri
di tempat yang paling tinggi

untuk berjaya
mencapai cita-cita,mempertahankan cinta
jiwamu mesti perkasa
tidak rebah walau digoncang gegar
oleh sesiapa juga
walau dari seorang kekasih
yang harus dihadapi ranjau dan durinya bukan sedikit
semangatmu mesti teguh berdepan dengan apa saja
tidak terlena dengan pujukan kasih
mesti sentiasa berjaga……..
usaha harus lebih tinggi dari langit
tidak pandang mudah walau pada perkara yang sekelumit

maafkan atas segalanya
waktu untuk kita semakin singkat
aku ingin menyaksikan kejayaanmu
sebelum berangkat
carilah…terokailah yang manisnya
di sebalik kata-kataku yang pedih
kerana hanya dirimu yang kukasih

maafkan sekali lagi