Thursday, September 6, 2012

PUISI UNTUK SAHABATKU

kian lama aku tidak berpuisi
sukar untuk menitipkan kata-kata
yang membawa sejuta makna
hanya keranamu sahabatku
aku ingin berpuisi kembali
pilunya seluruh sanubari
bertunjang akarnya melilit perasaan
saat kau katakan
’peluklah daku sekiranya kita bertemu’
pasti
itulah yang akan kulakukan
jika kesempatan bertandang
itulah jawabku
buat tatapan matamu
tanpa kau lihat
titis airmata yang melimpah dipipiku
kerana hati digigit rindu
aku rindu kasih sayangmu
aku rindu gurau sendamu
aku rindu pesan nasihatmu
aku rindu untuk melihat kau tersenyum
dan ketawa mendengarku bercerita
sahabatku
doakan kepada TUHAN
temukan kita sebelum kita tiba di pelabuhan
minta kepadaNYA. minta.
supaya kita sempat berdakapan
sebelum pulang ke perkampungan.,,