Thursday, February 24, 2011

KARYAKU: IRDAYANI



IRDAYANI bagaikan zuriat sulungku..terbitan RHYTHMN PUBLISHER pada tahun 2004 menyebabkan impianku untuk memiliki sebuah novel hasil karya karanganku sendiri menjadi kenyataan...ALHAMDULILLAH..

Novel ini paling aku sayang. Sudah berulang kali aku membacanya.. Yang paling melucukan seorang anak saudaraku yang sudah meningkat remaja tidak jemu-jemu membacanya berulangkali...entah apalah yang dicarinya dalam novel itu..aku pun tak tahu..
Mungkin kisah percintaan antara seorang guru muda iaitu Hilmi bersama anak muridnya iaitu Irdayani begitu menarik hati anak saudaraku itu..