Monday, December 19, 2011

Air Terjun


Indahnya alam ciptaan TUHAN...

Thursday, November 10, 2011

Miliki novel: REDHA TAKDIRMU...

AKHLAK SEORANG MUSLIM

Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya dia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang berikut:

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda:

Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan.

2. Memelihara Penglihatan:

Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.
Allah s.w.t berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).
(Surah An-Nur, Ayat: 30).


Rasulullah s.a.w pula bersabda: Pandangan itu adalah satu dari panah panah iblis.


Baginda juga mengingatkan:

Kamu hendaklah memelihara pandangan, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan memburukkan muka kamu. (Hadis riwayat Tabrani).

3. Memelihara Lidah:

Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan:

Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.

Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:

Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).
abdanya lagi:

Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

4. Bersifat Pemalu:

Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.


Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi).


Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan:

Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.
5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana amal untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah Islam sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.


Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseoran Islam adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Seorang mukmin akan menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka.


Dia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang mukmin itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

6. Bersifat Benar dan Jujur.

Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.


Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa besih, mulia dan terhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".

(Muttafaqun Alaih).

7. Bersifat Tawaduk / Rendah Diri

Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri).


Baginda bersabda:

Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur". (Hadis riwayat Muslim).


Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman:

Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya".
(Hadis Qudsi riwayat Muslim).

8. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat:

Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).


Allah berfirman lagi:

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.

(Surah Al-Ahzaab, Ayat: 58).


Dan Rasulullah s.a.w bersabda:

Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumahnya. (Hadis riwayat Abu Daud).

9. Bersifat Pemurah.

Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.


Di antaranya:

Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
(Surah Al-Anfaal, Ayat: 3).


Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikuran.
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 272).


Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pengajaran dari pesanan


Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". Manakala Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini".

10. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)

Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.



(Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini yang dapat dijadikan sebagai renungan oleh para pembaca di antaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan Imam Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad Al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As-Sahabah karangan Al-Kandahlawi).

Tuesday, November 1, 2011

jom berpantun.....

Pantun Merana

(i)
Selasih tidak, jelatang pun tidak
Diikat dengan tali belati
Sudah diikat, disimpul mati
Dikasih tidak, disayang pun tidak
Walau saya membawa diri
Tiada siapa yang akan peduli

Buah salak dicampur gula
Dimasak dengan si buah nangka
Saya hanya gagak tercela
Satu saat akan pulang ke rimba

Pucuk salang dibuat urap
Sedap dicampur ikan tenggiri
Buat hidangan anak raja
Anak raja dari memali
Sungguh malang si kucing kurap
Cuba bermanja di kaki-kaki
Namun hadirnya tiada yang suka
Disepak, diterajang ke sana, ke sini

Helang terbang jauh ke seberang
Patah sayap jatuh ke bumi
Hati mengharap orang menyayang
Akhirnya sendiri yang makan hati

Burung tempua di dalam gua
Membuat sarang dari madu
Orang gembira, saya berduka
Tidak seorang yang ambil tahu

Gula disimpan didalam rumah
Gula dibeli bersama taucu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati tak siapa tahu

Laksamana terbilang bernama Tuah
Namanya masyur seluruh negeri
Merana hati kerana berpisah
Hati hancur tidak terperi

Main perahu di tepi pantai
Di tepi pantai angin menderu
Alangkah sedih cinta berkecai
Sudah berkecai, masih merindu

Burung nuri sarang beralih
Anak itek berjalan tempang
Saya memberi sayang dan kasih
Rupa yang cantik dipandang orang

Sang puteri bermain buai
Menyanyi lagu, bermacam irama
Semalam saya dibelai
Hari ini saya dihina.

Bertuahnya cinta si Laila
Sehingga Qays menjadi majnun
Malang nasib menunggu si dia
Setiap hari kalbu meruntun

Thursday, October 20, 2011

9 sebab hati tidak bahagia...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Friday, October 14, 2011

kenangan dulu-dulu


bersama teman-teman sewaktu bekerja di MATTEL KL..teman-teman yang tidak pernah kulupakan..

Mr Subra..Kak Kiah..Kak Yah..Sofia..Nor Sakia..Masita @ Enduk....i miss you all..

Thursday, October 13, 2011

suamiku...






Tinggal Memori

photo kenangan bersama teman-teman di Finance & EDP Department Mattel KL Port Klang..

dimanakah kalian semua..?
dari kejauhan aku sentiasa mengenang..dengan kerinduan..
segala tunjuk ajar..kasih sayang..abadi dalam lipatan sanubari..


Tuesday, October 11, 2011

puisi kenangan...(aku menghafaznya sejak dari darjah 6)

kadangkala kegusaran
datang menjenguk keras
sehingga aku terjaga dari mimpi indah
kadangkala
aku persis pulang ke kancah kanak-kanak
yang hanya tahu menangis
bila rasa tergigit
kerapkalinya terjadi..
dimanakah tempat
aku sebenarnya...

..........ingatan untuk seorang teman..

Seringkalinya orang yang memberitahu
Hakikat kebenaran
permusuhan terhadapnya
Tiada sempadan
Walau sebelumnya menabur berjuta kebaikan
Satu kejahatan kerana memberitahu kebenaran
Itu yang jelas pada pandangan
Berjuta kebaikan dilupakan..
Wahai teman
Sejauhmana dirimu berlari
Takkan sampai ke hujung bumi
Jika banyak yang telah dizalimi
Di saat mati diri dihimpit bumi
Setinggi mana dirimu terbang
Takkan dapat mengatasi awan
Satu saat diri akan tersungkur
Lemah sendiri di dalam kubur
Usah merasa dirimu hebat
Wajah tampan semua terpikat
Allah memerhati setiap saat
Akhir saat, wajah yang tampan dimakan ulat
Usah diikut dorongan nafsu
Membuat kerosakan tanpa silu
Sangkamu orang ramai tidak tahu
Di akhirat kelak, diri termalu
Hidup didunia tidaklah lama
Jangan-jangan sebentar lagi
Jangan-jangan esok pagi
Allah mengambil pergi
Tidak kah takut di dalam hati
Jika Tiada amal menemani
Di saat dunia semakin uzur
Semua orang akan ke kubur
Sedang dirimu semakin takbur
Setiap hari mencalit kotor..
Mengaku beriman, hakikatnya kufur..
Wahai teman
Tuhan melihat segalanya apa yang telah diperbuat
Seluruh pancainderamu akan menjadi saksi dihari kiamat
Walau didunia ini engkau melarikan diri daripada beribu
orang yang telah dikotori, dicemari dianiayai dizalimi
Di padang masyar, engkau pula yang akan mencari
Selagi tidak ditemui dan tidak memohon kemaafan
Tidaklah memperolehi keampunan dari Tuhan

Monday, October 10, 2011

tiada tajuk(puisi ini bukan karyaku..tapi aku suka untuk berkongsi dengan kalian)


Lagu Langit Mati
Pagi itu ia lagi memanggil lagu langit
Bersila di sisi jendela
Lalu usai lalu menutup kitab
Lalu mulai menyurat lagi sajak-sajak tanpa
Tujuan yang terang : Sepertinya dunia hanyalah
Jalan yang melingkar, tanpa halte
Tanpa terminal terakhir
Dan tempat ia berdiri mungkin saja suatu yang
Lebih mengering dari bunga-bunga di vas itu
Dan berjatuhan


harapanmu hanya separoh terisi dari
rumah yang ditegakkan berpuluh tahun
dan penyair tua ini telah beribu baris habis
menulisi usia cinta tak habis-habis
cinta lebih panjang dari kata
cinta bikin kau dan aku bersekutu dengan
Diri di sebalik diri
di garis senja ke malam

cinta ini menyakitkan...

haruskah kita teruskan
apa yang diimpikan
sedangkan waktu berputaran
tidak kita tahu
cepat atau perlahannya

perjanjian cinta itu
perjanjian keramat
sumpahan cinta itu
pedihnya teramat
jika antara kita
memecah setia
melanggar janji cinta

oh! derita yang terpintal
tak mungkin terlerai
kau yang berjanji
setia menunggu selamanya
sekelip mata berubah cinta
sedangkan aku masih setia

demi cinta ini
oh kasih
izinkanlah aku pergi
cintaku padamu tak pernah berhenti
kerana sememangnya
hanya dirimu yang kukasihi.

.....dan percintaan itu...

di kejauhan ini, akulah yang mendakap resah
kerana kerinduan tidak pernah rebah
tak tercantumkan impian kita, walau berhenti nafasku
yang terpintal hanyalah derita
saat demi saat, pintalannya semakin kuat
percintaan ini, aku tidak pernah meminta
perpisahan ini, aku tidak pernah merela
tapi apalah dayaku kekasih, pengorbanan ini harusku lakukan
demi kemanusiaan, walau bagimu tidak bermakna
atau tiada nilaiannya
meskipun aku mengorbankan nyawa
untuk secubit perhatian
dan kasih sayang darimu
akhirnya cinta kita
yang kau ciptakan
lewat musim mengubat dukaku
terhumban dilembah lara
yang teramat dalam
yang terhiris, terkoyak luka
siapakah di antara kita
yang lebih merasanya


Karyacipta: Juriah bt Ishak

Thursday, October 6, 2011

PETIKAN NOVEL:REDHA TAKDIRMU BAB 50




KETENANGANKU benar-benar tergugat dengan dugaan yang bertimpa-timpa. Aku terkenangkan Idham yang sudah pergi buat selamanya. Aku tidak boleh lupakan Syamil. Aku ingin menghubungi Syamil untuk memberitahunya kejadian malang yang menimpa Idham, ekoran panggilan telefon yang telah dibuat oleh isterinya itu. Namun, hatiku tersepit antara keinginan yang meronta dan ketakutan yang menggila. Aku bimbang, jika aku menghubungi Syamil dengan menggunakan telefon bimbitku, panggilan itu akan disambut oleh Norshakila. Aku yakin semenjak peristiwa itu, perempuan itu akan terus mengawal segala pergerakan Syamil.
Aku teringatkan janjiku. Janji dengan diri sendiri. Janji untuk mengembalikan wang yang digunakan Syamil untuk membeli barang emas yang dikembalikannya kepadaku. Sungguhpun barang-barang emas itu telah aku buang, aku tetap akan membayar harga perbezaan itu. Walaupun peristiwa itu sudah enam bulan berlalu, Syamil sedikit pun aku tidak boleh lupakan walaupun sesaat. Ketenangan mungkin tidak aku perolehi sekiranya aku tidak menunaikan janji yang telah aku buat dengan diri sendiri.
Sementara mencari kembali nombor akaun Syamil yang hilang dari simpanan, puas aku berperang dengan perasaan sendiri. Aku terkenangkan perangai buruk Syamil yang telah membohongi dan mengkhianati kasih sayangku kepadanya. Aku juga teringatkan kebiadapan Norshakila yang telah menghumbankan aku di dalam kesengsaraan. Aku juga terbayangkan bagaimana keadaanku sewaktu dibelasah oleh Idham gara-gara aduan palsu yang dibuat oleh perempuan itu. Betapa hinanya aku rasa.
Air mataku deras mengalir sewaktu mengingatkan kembali bagaimana keadaan Idham yang terlantar di ICU selama beberapa hari kerana tekanan darah tinggi gara-gara panggilan telefon dan aduan-aduan yang telah dilakukan oleh wanita durjana itu. Idham telah mengalami stroke akibat tekanan darah tinggi, pendarahan otak sehingga menyebabkan dia pengsan di subuh itu. TUHAN sahaja yang mengetahui bagaimana aku menghadapi kesukaran-kesukaran itu. Aku terpaksa memberi komitmen yang padu kepada Idham sedangkan beberapa jam sebelum itu aku teruk dibelasahnya. Sungguh berat dan besar ujian daripada ALLAH untukku.
Akhirnya aku berjaya menemui nombor akaun Syamil tertulis di diari lama yang tersimpan di dalam laci pejabat. Lagi sekali aku menguji mereka. Sekiranya mereka jenis manusia yang mengutamakan maruah, berapa pun bayaran yang aku buat mereka tidak akan terima kerana logiknya aku tidak perlu membayar satu sen pun. Namun, demi maruahku serta teringatkan pesanan Idham, keesokannya aku terus memasukkan wang ke akaun Syamil. Dan aku mengutusi e-mail kepada mereka suami isteri.
Asalamualaikum, Encik Syamil dan Puan Noshakila.
Semoga sihat seisi keluarga.
Saya telah masukkan sejumlah wang ke dalam akaun Abang Syamil. Sememangnya saya telah berjanji dengan diri untuk membayar perbezaan jumlah harga, (emas) untuk memperolehi kembali emas 916 sejumlah berat yang dipinjamkan itu.
Saya tidak mahu mana-mana pihak terasa ralat atau merasa rugi, terpaksa mengeluarkan wang yang lebih kerana saya. Tambahan Abang Syamil tentu berasa rugi yang amat sangat.
Saya tidak pernah berniat untuk memerangkap sesiapa. Demi ALLAH tidak. Bahkan saya telah memberi tahu Abang Syamil yang saya tiada bertujuan untuk membuat keuntungan walau satu sen.
Saya tidak pernah marah dia menjual barang-barang itu. Walaupun sedikit kecewa kerana barang-barang itu semua sangat saya sayangi. Perkara telah terjadi apa nak buat lagi. Saya tidak kisah asalkan dia dapat gunakan wang hasil dari jualan barang–barang emas yang tidak seberapa itu untuk menyelesaikan masalahnya.
Saya faham, bila dia bercerita yang isterinya tidak dapat membantu kerana seorang surirumah tangga dan seorang sedang belajar. Saudara mara di kampung pula ada masalah yang tersendiri-tidak dapat membantu... itu yang diberitahu oleh Abang Syamil. Saya tidak kisah untuk menolong, tanpa rasa curiga dan tidak pernah bertanyakan jujur tidaknya, tanpa prasangka saya penuhi semua keinginannya sekadar yang saya mampu, jika dia di dalam masalah atau kesusahan.
Segala desakan-desakan saya kepada Abang Syamil bersangkutan hal hutang sama ada percakapan lisan atau sms atau e-mail hanya ingin menguji kejujuran, kasih sayang, sikap tanggungjawab, amanah serta hati budinya sahaja. Jawapan-jawapan yang saya perolehi melalui perbuatan atau sikapnya, SMSnya telah mencerminkan segalanya. Namun, saya tidak mahu komen apa-apa. Biarlah ALLAH saja yang menilai segalanya. Hanya TUHAN sahaja yang tahu apa yang di dalam hati hamba-NYA.
“Hani, mengapa masih nak ganggu abang?” Tanpa ucapan salam, persoalan yang tiba-tiba daripada puan sebaik sahaja saya mengangkat gagang telefon menyebabkan saya tidak dapat menjawab pada waktu itu kerana benar-benar tergamam, terpempan dan tidak menyangka hal tersebut. Mungkin dalam fikiran yang masih berserabut, perasaan terumbang ambing, kesihatan tidak begitu baik, mesej tersalah hala. Bagaimanapun hal telah berlaku dan saya pun telah dikasari suami secukupnya. Tempeleng, penumbuk, penampar, cubit dan kepala saya telah dihentak dengan al-Quran beberapa kali.
Malam itulah pengalaman yang dasyat dan paling buruk serta menyakitkan yang dialami sepanjang tempoh 12 tahun, tidak ingin meraih simpati sesiapa atau menyalahkan sesiapa. Saya redha, meskipun tubuh badan lebam-lebam, bengkak-bengkil serta berbirat. Terlupa segala bantuan yang pernah dihulurkan, tanpa usul periksa saya dilabel sebagai penggagggu, jahat dan dibelasah secukupnya. Saya diperangi seolah penjenayah. Adakah kerana hutang telah dibayar, puan berasa diri terlalu agung dan saya yang pernah berbudi kepada suami puan menjadi terlalu hina?
Jika memperlakukan kezaliman boleh mendatangkan kebahagiaan, kepuasan hati puan, saya terima. Mungkin telah tertulis di suratan hidup dan saya tidak berdaya mempertahankan apa-apa. Hilang suara, hilang kata. Habis air mata. Cemburu akan menutupi kemanusiaan, keburukan yang satu akan melenyapkan kebaikan beribu.
Sekiranya niat saya mengembalikan wang untuk menutupi kerugian atau keralatan di pihak puan atau Abang Syamil, dirasakan sebagai satu kesalahan atau dosa dan ingin menghukum saya, datanglah untuk jatuhkan hukuman sepuas hati, sekiranya itu boleh mendatangkan kegembiraan atau menambah keintiman puan suami isteri.
Tanpa niat memutuskan silaraturahim, perhubungan kami, yang dimulakan dan dinamakan oleh Abang Syamil sebagai ‘perhubungan terlarang dan cinta terhalang’ telah selesai.
TUHAN yang menemukan, TUHAN juga yang akan memisahkannya. ALLAH penyelesai segala masalah. Hanya DIA juga yang tahu, pihak yang mana yang telah membuat keputusan yang paling sukar. ALLAH yang maha mengetahui di dalam hati setiap hamba-NYA.
Saya telah maklumkan kepada Abang Syamil beberapa kali, saya telah menatangnya seperti minyak yang penuh.Seumur hidup saya, tidak pernah mempercayai orang lain sebagaimana saya mempercayai diri Abang Syamil, namun akan tiba detiknya saya tidak menginginkan apa-apa. Saya akan pergi buat selamanya. Saya tidak pernah mementingkan kehendak peribadi. Segala-galanya telah diberitahu. Semuanya sudah dicerita. Hanya menunggu saat ketika yang ditentukan oleh-NYA dengan sebab yang ditentukan oleh-NYA juga.
Meskipun tidak pernah berniat untuk mengganggu sesiapa, namun saya tidak boleh menghalang apa-apa tanggapan terhadap diri saya kerana diri penuh dengan kelemahan serta kekurangan. Ungkapan dan kata-kata yang saya terima membuktikan segalanya.
Saya tidak pernah mengenali Abang Syamil sebelum ini. Dia yang datang dalam hidup saya. Saya juga tidak tahu siapa puan sebelum ini, tetapi puan yang muncul di dalam hidup saya tanpa diundang.
Justeru itu maaf kerana menjadi pengganggu selama hampir enam tahun di kehidupan puan dan Abang Syamil.

Lidyahani.

SETENANG air dikali, begitulah yang aku rasai, Yanti. Sebaik sahaja aku menguruskan soal pembayaran wang itu kepada Syamil. Sehingga kini mereka tidak pernah menghubungiku untuk mengucapkan terima kasih atau meminta maaf. Walaupun aku tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada Syamil atau Norshakila, tetapi sebenarnya aku berasa hairan juga mengapakah mereka tergamak menerima wang orang lain tanpa mengucapkan kata-kata itu? Apatah lagi untuk meminta maaf kerana mereka telah menyebabkan aku di belasah, nyaris mati.


......BEGITUKAH NILAI KEMANUSIAAN YANG ADA DI KALANGAN KITA HARI INI? baca kisah seterusnya tentang Lidyahani..dalam novel Redha Takdirmu..

Wednesday, October 5, 2011

Sengsaranya jiwa ini...

jika tidak ada yang peduli
jika tidak ada yang sayang
apatah lagi memberi cinta
atau belai manja

lebih sengsara rasanya
jika hati tidak redha
tiada rasa syukur
tanpa rasa sedar
pasti hati rasa terhimpit
perasaan pun tersepit
antara duri tajam dan bisa
tak sanggup untuk redahinya
tak mampu harunginya tanpa kebanjiran airmata..

sedarlah wahai teman
kehidupan ini tidak lama
sekejap cuma
bagai tersilaunya kilat dilangit tatkala hujan guruh petir membelahi bumi..
manusia itu tidak pernah dilahirkan untuk tidak diuji
itulah janji TUHAN..

usah mengharapkan kasih manusiawi..jika tidak diperolehi
diri terlontar dilembah kecewa
seolah tiada harga..
kembalilah kepadaNYA..
kasihNYA mekar tak pernah pudar..
janjiNYA benar tidak pernah khianat..
dampingiNYA..meratap dan merintihlah kepadaNYA..
DIA akan memujukmu ..
beri padamu ketenangan..
itulah kebahagiaan paling hakiki..

ambillah dunia ini sekadarnya
jangan dirakusi kerana dunia ini amat pandai memperdaya manusia dengan keasyikannnya..
sedarlah..walau jalan manapun dilalui
kita tetap menuju ke tempat yang satu..
perkampungan abadi...

Tuesday, October 4, 2011

sekeping warkah buat seorang teman...(tinggal kenangan)

Segalanya sudah ditakdirkan.

Diceritakan di dalam buku Alam Ruh (pembacaan pada tahun 1979), semua makhluk yang ada di muka bumi ini ruhnya telah hidup di alam ruh selama 40 ribu tahun lamanya…sebelum ditiupkan ke dalam janin. Di alam ruh, ruh-ruh ini telah ditanya oleh penciptaNya..apa-apa yang diinginkannya..sekiranya diberikan kehidupan di dunia ini…Segala-galanya. Ingin menjadi manusia? Haiwan? Tumbuhan? Yang terbang? Yang Melata? Jika ingin menjadi manusia? Manusia apa? Lelaki? Perempuan? Sempurna? Cacat?Bahkan seluruhnya..segalanya telah dipersoalkan. Rezeki dan jodoh. Pertemuan dan perpisahan. Sahabat dan musuh. Umur dan ajal. Semuanya dijanjikan, Allah mengatur segalanya dengan kekuasaanNya. Segala kepujian hanyalah milik Allah. Alhamdulillah.
Surat perjanjian semua makhluk tercatat pada sehelai daun. Daunnya lebar sehingga boleh menyelimutkan, lembut bagaikan sutera, berwarna hijau..dan tergantung di sebatang pokok bernama Suratul Muntaha yang terletak di arasy. Daun hijau akan bertukar kekuningan apabila yang empunya diri akan meninggal dunia. Tercabut sahaja ruh dari jasad, daun takdir akan gugur dari pohonnya. Dalam waktu gugurnya itu, sekiranya terkena kepada daun yang lain, yang empunya daun akan merasai bengang ditelinganya tak semena-mena. Rasulullah menyarankan supaya membaca’ La kho wala wala illa qhu wa ta iila billa ‘aliyul azim”..(computer ni tak ada jawi)
Daun inilah yang selalu diintai oleh syaitan..dengan tujuan menyampaikan maklumatnya kepada bomoh-bomoh, tukang telek, tukang seher dan seumpamanya.
Malaikat akan memerangi syaitan yang melakukan pengintipan ini lalu kejar mengejarlah mereka..di langit. Terjadilah kilat dan petir. Guruh berdentum menandakan malaikat sedang melontar syaitan dengan batu dari neraka..
(begitulah kisahnya dari buku yang pernah dibaca…).
Demikianlah kisahnya…
Setiap perkara yang berlaku sudah diaturkan olehNya dari apa yang telah dijanjikan oleh kita. Allah melihat segalanya. Berlaku satu perkara disebabkan oleh perkara yang lain.
Kita ‘hamba’. Allah ada di mana-mana. Di rumah. Di tempat kerja. Di jalanraya. Allah ada di sekeliling kita. Tidak perlu mencarinya di dalam gua, atau di puncak gunung. Allah Satu. Dimana –mana pun juga Dia lahjuga.
Kasih Allah tidak pernah ada sempadan. Asalkan kita mendapatkannya, ada kasih Allah untuk semua hambaNya. Kita mencarinya dengan berjalan , Allah akan datang kepada kita berlari. Kita dekatinya seinci, Allah mendekati hambaNya sehasta. Setiap saat boleh bertemu Allah, bukannya di tempat yang tertentu dalam tempoh yang tertentu. Perhubungan Allah dengan hamba tidak pernah putus,dari alam ruh lagi, hanya hambaNya yang selalu lupa. Terpesona dengan dunia. Keseronokan syahwat. Keindahan di mata. Anugerah Allah yang melimpah ruah tidak terhitung. “Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit” surah al-imran
Hanya kadangkala ‘hamba’nya terkeliru, tujuan mencari Allah benar-benar berniat kerana Allah atau melarikan diri daripada sesuatu. Berharap memperolehi Allah atau makhluk Allah? Pengasingan diri, untuk membina jalur ke tali Allah atau menjauhkan diri daripada makhluk Allah? Mencari diri atau bersembunyi dari seteru diri?
Ketenangan yang abadi susah dimiliki. Ketenangan jiwa hanya akan menjadi igauan semata jika tidak berjaga-jaga dengan hati. Hamba Allah bertimbun dengan dosa. Sekali melakukan dosa, hati akan berbintik hitam. Jika sepanjang hidup melakukan maksiat dan dosa, hati akan menjadi legam. Bagaimana membasuh hati yang sudah legam itu supaya memperolehi nur ilahi yang dapat menyuluhi kembali hati yang gelap dan gelita? Mudah ke seorang hamba itu memaafkan hambanya yang lain atau memberi kebaikan kepada orang yang telah melakukan kejahatan terhadap dirinya? Kecuali hamba Allah yang sentiasa mensucikan hatinya. Perjalanan hidup semakin singkat…dunia semakin goyah..Bersyukurlah jika dianugerahi dan diberi petunjuk Hidayah oleh Allah..
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya- Surah al-Imran
Kehidupan di dunia, banyak manusia dan beraneka ragamnya.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.Surah al Imran
Kita selalu dipertemukan dengan hamba Allah yang bagaimana? Membenci kita sewaktu kita mengasihi? Berkasar dengan kita sewaktu kita berlembut? Menjauhi kita sewaktu kita dalam kepayahan? Atau yang memberi kebaikan kepada kita walaupun kita telah melakukan kejahatan terhadapnya? Memelihara maruah kita walaupun maruah dan kehormatannya kita cemarkan? Terus mengambil berat walau dirinya tidak kita endahkan. Tanyakan kita berada di golongan mana?
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
Surah al-imran
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Surah al imran

Sama-samalah kita koreksi diri…bukan pada waktu yang tertentu sahaja..malahan pada setiap hari..ingatan untuk kita sebagai hambaNya.

Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal

Sama-samalah kita fikirkan..untuk kebaikan kita bersama..sebagai hambaNya

puisi lagi......

betapa
aku menghadapi kesukaran
yang maha getir dan menyakitkan
memisahkan cahaya dari kegelapan malam
betapa
aku harus memilih yang pedih
beredar darimu
sedang hati tak ingin berjauhan walau satu detik
mencipta kebencianmu walau hati tak berhenti merindu
kasih tiada penamat
ketiadaanmu
aku bagaikan terasing dihujung pasir
maha luas laut dihadapanku
namun aku keseorangan
dikejauhan ini
izinkan daku, terus bersamamu, walau dalam diam
setiap degup jantung
dan tarikan nafasku
hanya akan membisikan
‘aku cinta padamu’
sehingga ke hujung nyawaku

Monday, October 3, 2011

kenangan bersama PENGETUA






...rakaman kenangan bersama pengetua SMK Tun Perak Padang Rengas..
Puan Hajah Norliah binti Mohd Lazim...beliau yang telah dianugerahkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang Wanita Pertama Gred DG54...
aku berasa bertuah pernah bekerja dengannya...
dia telah ajarku tentang banyak perkara..

Tahniah! Puan Hajah..

sekadar kenangan...


di hadapan Galeri Sultan Azlan Bukit Chandan....

Suamiku...



...yang mula dikasihi pada setiap hari
demi kasihku kepada ILAHI...
..sebelum aku pulang ke perkampungan abadi...

Thursday, September 29, 2011

ORANC ZUHUD DIKASIHI ALLAH

Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan.
Zuhud itu letaknya di hati. Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya sanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Tuhan. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Tuhan dan tak terikat dengan dunia. Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Tuhan.

AMAL MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nuh a.s.: "Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka." Nabi Yusya bertanya: "Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?" Jawab Allah s.w.t.: "Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."

Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."

Thursday, September 22, 2011

PETIKAN NOVEL: SEBELUM NAFAS TERHENTI- BAB 37


SUDAH lima hari Ain Wahida berada di Kuala Lumpur. Dia balik bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa. Aldi ada menghubunginya dan menawarkan bantuan. Aldi menyuruh Wak Dollah datang menjemput Ain Wahida di Johor Bharu, namun dia menolak. Dia ingin segera balik ke Kuala Lumpur kerana dia ingin membuat perhitungan dengan Hakim. Lelaki itu harus dicari segera.
Berulangkali dia menghubungi Hakim melalui telefon bimbitnya. Namun lelaki itu tidak mengendahkannya. Dia ada mengirimkan SMS kepada lelaki itu, menceritakan tentang pemergian ayah untuk selama-lamanya. Hakim tetap menyepi dan membisu. Seolah tidak ada apa-apa perhubungan antara mereka. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Hatinya terlalu kecewa dan hampa dengan sikap Hakim.
Dia mengelamun lagi. Semalaman dia begitu. Semenjak pertemuan dengan Hakim terlalu banyak persoalan yang timbul difikirannya. Dadanya bertambah berdebar apabila terkenang kembali saat-saat bersama Hakim di bilik hotel itu. Lelaki itu penuh dengan misteri. Itulah yang menerjah di fikirannya.
Dalam pertemuan itu Hakim sempat bercerita kepadanya yang dia selalu mempunyai hubungan dengan isteri-isteri orang. Para isteri yang kesepian. Yang selalu diabaikan oleh sang suami. Dia agak terkejut, apabila Hakim bercerita dan memberitahu yang dia melakukan ‘kerja’ itu sebagai kerja sambilannya. Dengan megah tanpa rasa berdosa dan bersalah di atas segala maksiat yang telah dilakukannya, Hakim bercerita kepadanya, walaupun itu adalah pertemuan pertama mereka. Bahkan mengakui sedang mencari seseorang wanita untuk ‘memeliharanya’ dan mendapat ganjaran hasil kerja melayani nafsu mereka.
Dia akui. Dia pun bukan seorang gadis yang baik atau mulia walaupun ramai kawan-kawan yang sama bidang dengannya, tidak kisah jika ditiduri oleh mana-mana lelaki, namun dia tidak sanggup untuk melakukan itu semua. Memang dia pernah menggoda Aldi. Namun Aldi seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan di atas tawaran yang diberikan kepadanya daripada seorang wanita. Itulah yang menyebabkan dia bertambah suka kepada bekas abang iparnya itu.
Aldi tidak pernah mengajaknya pergi ke kelab malam, dangdut atau disko untuk berhibur. Aldi tidak merokok dan sudah pasti tidak minum arak. Aldi tidak tunduk kepada kekayaannya untuk berseronok-seronok dan berhibur dengan perempuan-perempuan.
Dia bergolek-golek di atas tilam di dalam biliknya sambil membaca majalah. Helaian demi helaian majalah itu diselak. Tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Sesekali dia menekan nombor-nombor di telefon bimbitnya. Bola matanya tiba-tiba menyinggahi satu artikel di dalam ruangan Mutiara Hati. Ruangan yang tidak pernah mendapat perhatiannya selama ini. Selepas itu sekali lagi dia cuba mendail nombor telefon Hakim.
“Helo, sayang!”
Akhirnya panggilan telefonnya dijawab oleh Hakim. Ain Wahida mencebikkan bibir. Jarang-jarang berbual dan beramah mesra, tiba-tiba membahasakan ‘sayang’. Telinganya terasa janggal mendengar ucapan itu.
“Bila kita boleh berjumpa?” soal Ain Wahida dengan nada lembut. Dia tahu semua lelaki tidak suka kepada perempuan yang berbahasa kasar.
“Anytime, sayang!” jawab Hakim dengan nada perlahan.
“Hakim pergi ke mana? Selalu Ain call, tapi Hakim tak jawab!” Ain Wahida sedikit merungut.
“Oh! Maaflah, saya pergi ke selatan Thailand. Pergi bersuluk dekat sekolah pondok di sana!” terang Hakim.
“Pergi cari apa di sana?” tanya Ain Wahida kerana tidak mengerti dengan perkataan bersuluk itu.
“Pergi mencari Tuhan!” Suara Hakim seolah berbisik.
“Cari Tuhan?” Ain Wahida bertanya lagi, namun tanpa sempat menjawab, talian telefon telah terputus. Begitulah karektor Hakim. Karektor yang sering menyebabkan Ain Wahida makan hati. Mengapa harus mencari Tuhan sehingga ke selatan Thailand? Sejahil-jahilnya dia mengerti dan faham ALLAH itu ada di mana-mana.
KEESOKANNYA mereka bertemu di sebuah restoran. Hakim petah bercerita macam bertih digoreng. Ain Wahida hanya menjadi pendengar yang setia kerana dirinya sendiri ada perkara penting yang hendak diceritakan.
“Seronok ke berada di sana? ” Ain Wahida mencelah di tengah-tengah penceritaan Hakim.
“Alhamdulillah. Rasa tenang. Tak ada gangguan. Tiap hari mendekatkan diri kepada ALLAH. Zikir, tasbih, tahmid, tahlil. Setiap pagi ada qiamullail.” Cerita Hakim sambil mengusap jambangnya yang agak panjang. Mungkin tidak digunting sepanjang waktu dia berada di sana. Jambangnya yang panjang sudah bersatu dengan bulu yang tumbuh dilehernya. Hitam dan kerinting. Dia memakai baju T warna coklat muda.
“Dapatlah bertemu dengan apa yang Hakim cari tu? Dapat bertemu TUHAN?” Ain Wahida cuba menguji.

baca cerita seterusnya tentang lelaki bernama ABDUL HAKIM BIN ROSLAN ini..di dalam novel


novel: SEBELUM NAFAS TERHENTI
PENULIS: JURIAH ISHAK
PENERBIT: ALAF 21

Hadis Qudsi ( 2 )

Hadis Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Wednesday, September 21, 2011

HADIS QUDSI (1)

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Tuesday, September 20, 2011

ku ingin berpuisi lagi........


Aku tidak menginginkan apa-apa
(…..sejak hari yang melukakan itu….)

Setiap detik aku semakin melupakan
Tentang cinta, tentang rindu
Setiap saat aku cuba untuk
Tidak mengingati
Tentang berkasih sayang, tentang kemesraan
Setiap ketika
Aku memadamkan impian
Tentang kebahagiaan, tentang kegembiraan
Setiap hari
Aku hapuskan harapan
Untuk secebis belaian
Yang didambakan oleh setiap insan
Waktu demi waktu
Melangkah terus ke hadapan
Tanpa peduli
Jiwa kosong, Hati sepi
Suatu waktu
Langkah kaki pasti terhenti
Di persinggahan abadi
Dan aku tetap bersendiri

Monday, September 19, 2011

puisi......lagi...

Tuhanku…
Di gelap malam ini
Izinkan aku berlagu
Dan memohon restu

Terpercikkah iman di kalbu
Berjuta dugaan mengujiku
Cuba kutahankan dengan
Doa sesuci salju..

Ya Rahman
Dengan perasaan kudus
Dan tulus….
Aku mengharapkan secebis
Kasih..
DariMU..
Balutlah kelukaan dihatiku
Dengan rahmatMU..
Rawatlah seluruh kesengsaraan
Yang mengisi seluruh urat dan nadiku
Dengan kurniaanMU..
Berilah aku kesabaran
Ketabahan
Ketaqwaan
Pertunjuk dan hidayah
Menempuhi segala ujian dan dugaanMU..
Dengan senyuman..dengan ketenangan..
Sehingga ke ujung nafasku..
Sekiranya..
kebahagiaan di dunia fana ini
Tidak kumiliki..

Ya Rahim
Dengan kasihMu..rahmatMu..kasih sayangMU..
Izinku kecapinya nanti di perkampungan yang
Abadi....

Hanya sebait puisi....

kutempuhi jalanan berliku
puas merenangi lautan derita
setiap hari meredahi terpaksa menabahi
mendakap siksa, pedih dan terluka
lalu
mencari perteduhan kasih
mencari penawar duka
mengintip bayangan cinta
mengharap sekelumit bahagia

perteduhan
pada mulanya rimbun
penawar pada awalnya manis
bayangan terlalu indah
akupun terleka
menganyam mimpi
membina cinta bersamamu
namun akhirnya aku yang rebah
tersungkur sendiri

JOM BERPANTUN....

Gula disimpan di dalam rumah
Gula dibeli bersama taucu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka di hati tak siapa tahu....

JIKA INGIN MENCARI TEMAN......

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
• Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
• Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
• Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
• Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
• Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Sekadar Puisi...


Cinta sejati, tiada penamat
Kasih suci, tiada penghujung
Sayang yang murni, tak pernah hilang
Namun, kadangkala tika berada di persimpangan
Perpisahan menjadi satu permintaan, untuk menyempurnakan percintaan
Walau ngilu berakar di seluruh jiwa, kesukaran dilalui juga
Untuk membuktikan cinta itu ujud dengan beribu kemanisan
Berjuta kelukaan, dan selautan pengorbanan

Monday, September 12, 2011

sudah lama tak bergambar di studio gambar..

Teman-teman sepejabat di SK TALANG KUALA KANGSAR

Saat ini kita bersama.....
suatu ketika nanti...
kita pasti berpisah...

Teman-teman yang dirindu...

Teman-teman sepejabat sewaktu bekerja di SMK TUN PERAK...kak jamnah..dik ros serta afida ..
terkenang kembali saat-saat indah bersama kalian...
kini segalanya tinggal memori....


Friday, September 9, 2011

Robitah Hanum anak saudaraku


terima kasih anum..kerana sudi membeli novel Sebelum Nafas Terhenti..karya wanju....

Thursday, September 1, 2011

HARI RAYA TAHUN INI

hari raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lalu..hambar dan sepi menjadi tetamu yang paling setia di sudut hati...ayahanda sudah pergi mengadap ilahi..pusaranya pun tidak sempat kujengahi...dari jauh kukirimkan doa dan bacaan alquran pada setiap malam..buat ayahanda di sana..semoga ayah tenang dan bahagia..

PETIKAN: NOVEL SEBELUM NAFAS TERHENTI (BAB 36)



Dia kembali ke kamar hotel dengan langkah yang kemas dan menyakinkan. Hatinya berasa lapang kerana segala tugas yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Mudah-mudahan segala usahanya menjayakan syarikat sebagaimana yang telah diamanahkan oleh bapanya diberkati oleh ALLAH.
Baru sahaja pinggulnya diletakkan di atas tilam dan tangannya mencapai kaki untuk menanggalkan sarung kaki, telefon bimbit di koceknya bergegar.
“Helo! Helo!” Puas Aldi bersuara, namun tidak ada suara yang menjawabnya. Hanya terdengar bunyi angin dan desas-desus yang tidak tentu butirannya. Dia melihat di skrin yang jelas memaparkan nombor talian tetap menggunakan kod semenanjung. Dia cuba menghubungi kembali, namun gagal.
‘Guna telefon awam ni! Siapa ya?’ Pertanyaan hatinya tidak mendapat jawapan. Jantung Aldi berdebar-debar. Entah mengapa dia teringat kepada keluarga Mak Cik Hasnah. Sudah tiga minggu dia tidak menjenguk mereka. Minggu terakhir dia ke sana Mak Cik Hasnah kelihatan tidak sihat. Batuknya semakin menjadi-jadi. Dia telah meninggalkan sedikit wang untuk perbelanjaan keluarga itu dan berpesan supaya Nuraina membawa emaknya ke hospital.
‘Jangan-jangan Hambali yang menghubungi aku! Entah apa yang terjadi kepada Mak Cik Hasnah!’ Hati kecil Aldi berbisik sendiri. Kebimbangan mulai berputik di hatinya. Tiga empat bulan mengenali keluarga itu, dia semakin serasi. Keluarga Mak Cik Hasnah bagaikan sebahagian daripada dirinya. Sehingga ke saat itu, Mak Cik Hasnah dan anak-anaknya tidak mengetahui yang Aldi adalah anak majikan Nurlisa. Dia sengaja merahsiakan perkara itu untuk menutup idenditinya yang sebenar.
Selepas menanggalkan baju dan seluar, Aldi membalut diri dengan tuala dan merebahkan diri seketika di atas katil. Dia terlena akibat keletihan. Matanya terbuka apabila terdengar ketukan yang kuat di pintu biliknya. Dia bangun lalu turun dari katil. Matanya sempat melihat jam dilengan. Pukul 8.30 malam. Hampir tiga jam dia terlena. Solat asar dan maghrib pun sudah terlepas.
“Sebentar!” Kakinya meraba selipar di bawah katil. Sebaik sahaja kakinya tersarung dengan selipar dia terus melangkah menuju ke pintu.
“Helo!” Tercegat di depan pintunya ialah seorang perempuan yang berjeans ketat dan berbaju T sendat dan mendedahkan sebahagian dadanya. Senyuman wanita itu bertambah lebar apabila melihat lelaki di hadapannya tidak berbaju dan hanya berbalut dengan tuala berwarna putih dari pinggang ke lututnya.
Aldi benar-benar terkejut dan berasa serba salah di dalam keadaan itu.
Tidak sempat berkata sesuatu, tubuh wanita itu masuk ke bilik tanpa menghiraukan Aldi yang berdiri di pintu tanpa suara.
“Untuk apa datang ke sini?” Aldi terus menyoal. Daun pintu direnggangkannya luas-luas.
“Rindu! Nak melepaskan rindu. Salah ke?” Ain Wahida mengekori Aldi yang kelihatan resah. Kemudian gadis itu menuju ke pintu lalu menutup pintu rapat-rapat.
“Rindu adik ipar kepada bekas abang ipar?” Dari penjuru matanya Aldi terus memerhatikan Ain Wahida yang sedang berjalan menuju ke katil lalu duduk di atas tilam.
“Tak salah!” Aldi menjawab persoalannya sendiri. Matanya menjeling Ain Wahida yang sedang duduk di birai katil.
Tangan Aldi mencapai gagang telefon. Ain Wahida seolah dapat membaca fikiran Aldi. Dia terus menerpa dan memegang tangan lelaki itu yang sedang mengangkat gagang.
“Tak ada bilik kosong! I dah tanya tadi! So...” Ain Wahida merapatkan dirinya ke tubuh Aldi. Dia mencapai tangan Aldi dan membelitkan tangan Aldi ke tubuhnya pula.
Aldi benar-benar terkejut dengan perlakuan Ain Wahida.
“Ain! Ain... mengapa ni! I abang ipar you! Tak ada rasa segan ke you berkelakuan begini! Please! Leave me alone!” Aldi menolak tubuh Ain Wahida yang semakin kuat mendakapnya. Harum tubuh Ain Wahida mendebarkan dadanya.
“I dah anggap you sebagai kekasih I, sebelum I mengetahui yang you bekas suami Rishal! Kakak I dah lama mati! You kena mencari cinta yang baru!” Suara Ain Wahida tertahan-tahan sewaktu mengungkapkan kata-kata itu. Bibirnya benar-benar hampir dengan telinga Aldi.
“Ain! You dah salah faham! Tolong jangan buat begini! Ingat sikit arwah kakak you! Dia tentu terluka jika you berterusan begini! I love her very much!” Aldi masih berlembut dan cuba membebaskan dirinya daripada pelukan Ain Wahida.
“Aldi! Kalau you benar-benar cintakan Kak Rishal, you jangan lukakan hati I.” Ain Wahida tiba-tiba menangis di dada Aldi.
Aldi semakin resah dan gelisah. Fikirannya tiba-tiba menjadi serabut. Dia menolak tubuh Ain Wahida supaya tidak terus mendakap tubuhnya yang tidak berbaju.
“You tak boleh biarkan bayangan Rishal menghantui hidup you! You masih hidup dan perlu memenuhi tuntutan hidup you... tuntutan nafsu dan hati you yang masih mendambakan kasih sayang daripada seorang wanita.” Ain Wahida semakin kuat memeluk leher Aldi dan merapatkan wajah lelaki itu ke wajahnya.
Aldi semakin gelisah. Perlakuan Ain Wahida benar-benar telah menghumbankan dirinya di dalam lautan perasaan yang tidak menentu.
“You berpura-pura, kan?” Ain Wahida semakin merapatkan dirinya ke tubuh Aldi, memaksa lelaki itu berundur ke belakang.
“Berpura-pura apa? Ain! Jangan berkelakuan begini!” Aldi cuba menasihatkan Ain Wahida yang seolahnya telah tenggelam di dalam lautan cintanya yang tidak terkawal.
“You berpura-pura melupakan kehangatan tubuh wanita!” Ain Wahida memejamkan matanya lalu bibirnya cuba menyentuh bibir Aldi dengan nafasnya yang semakin deras.
“Ain! I abang ipar you!” Aldi bersuara keras dan terpaksa menolak tubuh Ain Wahida dengan kuat sehingga tubuh gadis itu terhumban di atas katil.
Ain Wahida benar-benar rasa terkejut dan terhina. Dia menangis tersedu-sedan.
Aldi terasa menyesal dengan tindakannya yang kasar itu apatah lagi apabila dilihatnya Ain Wahida tersengguk-sengguk menangis. “Maafkan I.” Suaranya lembut. Dia benar-benar rasa tersepit. Hendak dikasari lagi perempuan itu, Ain Wahida adalah bekas adik iparnya. Jika tidak dimarahi, tindakan Ain Wahida tadi keterlaluan dirasakannya. Mujurlah imannya masih kuat. Jika tidak hancur binasalah segalanya. Maruah gadis itu dan maruahnya juga. Namun mungkin, Ain Wahida seorang gadis yang tidak kisah tentang kehormatan dirinya.
“Please! I love you so much! Jangan tolak I mentah-mentah begini!” Sekali lagi Ain Wahida menerkam tubuh Aldi yang sedang berdiri di tepi jendela. Lelaki itu dipeluknya dari arah belakang.
“I’m sorry!” Aldi cuba meleraikan pelukan Ain Wahida yang kemas. Ikatan tuala dipinggangnya dipegangnya kuat-kuat.
“Ain Wahida! Esok you mesti tinggalkan hotel ini dan balik ke semenanjung! Malam ini you boleh tidur di sini! I pergi cari bilik lain! Tidur di tandas pun tidak mengapa!” Aldi gagal membebaskan dirinya daripada dakapan gadis itu kerana tidak mahu bersikap kasar seperti tadi.
“Tolong Ain! Jangan buat begini! I tak mahu bersikap kasar pada you sebab I hormati you sebagai seorang perempuan dan you adik isteri I.” Tangannya meleraikan Ain Wahida yang masih melekap di tubuhnya dengan kuat. Akhirnya pelukan Ain Wahida terlerai.


baca sambungan peristiwa ini..dapatkan novel ini di pasaran...

Friday, July 22, 2011

PETIKAN NOVEL: SEBELUM NAFAS TERHENTI


DUA minggu Nurlisa menyuapkan makanan untuk lelaki itu. Tidak sekali pun dia mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Kini tangannya sudah sembuh. Tidak perlu berplaster lagi. Luka di tangan sudah tidak ada parutnya pun. Keadaan tapak tangannya kembali seperti sebelumnya. Aldi melihat telapak tangannya, kemudian merenung ke dua kakinya pula. Mengapa kakinya tidak mahu sembuh? Bukankah telapak tangannya juga mengalami kecederaan tetapi boleh sembuh. Mengapakah kakinya tidak sembuh-sembuh?
“Buat apa kamu datang? Aku belum panggil lagi! Kalau aku tidak panggil jangan datang. Pergi!!!” Suaranya amat perlahan tetapi singgah juga ke telinga Nurlisa yang menghampirinya dengan terhincut-hincut.
“Tapi, tadi encik panggil saya!” Nurlisa bersuara selamba dan bersahaja. Dia merenungi wajah Aldi sambil melontarkan senyuman. Memang lelaki itu yang memekik memanggilnya melalui interkom. Matanya masih memandang wajah lelaki yang tidak pernah dilihatnya mengukir senyuman sejak dia berada di rumah itu. Aldi masih berwajah keruh dan masam. Hanya jambangnya kelihatan kemas sedikit.
“Nak saya bacakan surat khabar?” Nurlisa mengingatkan Aldi. Setiap hari selepas sarapan lelaki itu akan meminta dia membacakan surat khabar. Matanya terus merenung Aldi yang membaluti tubuhnya dengan baju T kuning berbelang hitam dan berseluar sukan warna hitam.
“Baca surat khabar?” Aldi menyoal Nurlisa kembali dengan tegas dan matanya merenung ke arah lain. Dia seolah terlupa pada rutin itu.
“Ya, encik.” Nurlisa menjawab perlahan. Dia menunggu arahan daripada Aldi dengan sabar. Aldi kembali membisu tanpa kata. Diam tanda bersetuju. Beberapa bulan bersama lelaki itu, Nurlisa seolah dapat membaca kehendak hati Aldi.
Aldi menggerakkan kerusi rodanya dengan tangannya. Dia bergerak menuju ke balkoni yang berada di hujung kamarnya. Dari sana dia dapat melihat suasana di persekitaran hadapan vila itu keseluruhannya. Nurlisa terhincut-hincut mengekorinya sambil membawa akhbar harian.
“Budak! Baca tajuk berita di semua muka surat! Semuanya sekali!” Aldi mengarahkan Nurlisa yang berdiri bersandar ke tiang berbentuk seni bina Rom itu.

Pemuda kecewa putus cinta, membunuh diri. Mat rempit semakin mengganas. Tuntutan kenaikan gaji oleh Cuepacs.

Begitulah, Nurlisa membaca dengan jelas dan terang sambil berdiri. Aldi seolah ingin menderanya. Bukan sahaja tidak menyuruh gadis itu duduk di kerusi yang berada di hadapannya bahkan menyuruh Nurlisa membaca tajuk yang sama berulang-ulang kali dengan kuat dan jelas.
“Baca balik muka surat lima!” Aldi mengarahkan lagi. Dia melihat Nurlisa dengan ekor matanya. Di wajah gadis itu mempamerkan ketulusan hatinya.
“Ulang balik muka surat sepuluh! Baca dengan kuat!” Begitulah kata lelaki itu berulang kali. Matanya masih merenung ke wajah Nurlisa yang sedang menunduk. Tidak ada riak marah yang terlukis di wajah gadis itu. Dia tetap tenang dan bersahaja. Bacaannya tetap jelas.
“Baca balik kisah pemuda yang bunuh diri tadi! Baca! Baca!” Tiba-tiba Aldi menengking dan mengulang-ulang permintaannya macam orang hilang akal. Dia menggerak-gerakkan kerusi roda ke depan dan kebelakang.
Apa yang diminta, Nurlisa tetap membaca dengan sabar dan tenang. Surat khabar yang dipegang diselak ke depan dan ke belakang berkali-kali, berulang-ulang.
“Eh budak! Buat apa kamu baca? Berulang-ulang?” Mata Aldi merenung ke mata Nurlisa.
Nurlisa menundukkan wajahnya apabila tajamnya renungan mata lelaki itu seolah menusuk ke hatinya.
“Encik yang suruh!” Nurlisa menjawab selamba sambil menggigit bibirnya.
“Berapa lama kamu berdiri di situ? Tak rasa sakit kaki ke? Tak ada rasa lenguh ke? Tak ada rasa marah ke?” Aldi menyoal lagi dengan serius dan nada suara yang tegang.
“Tidak, encik. Saya pernah berdiri lebih lama dari ini. Saya yang pilih. Saya hadapi semuanya dengan sabar, tidak perlu merungut, encik.” Nurlisa menjawab dengan nada perlahan. Ekor matanya mengerling lelaki itu yang dilihatnya berpura-pura merenung ke arah lain. Sememangnya dia sudah biasa dengan kesusahan, keperitan hidup. Dia redha menempuhi segalanya kerana faham kehidupan di dunia ini hanyalah jambatan menuju ke kehidupan yang lebih kekal. Tidak diciptakan manusia selain untuk diuji oleh TUHAN yang memiliki langit dan bumi. Dia harus bersabar untuk menempuhi segalanya. Dengan ikhlas dan berlapang dada.
“Kamu jawab apa yang aku soal saja!” Aldi menghampirkan kerusi rodanya kepada Nurlisa yang sedang berdiri berhampiran tiang. Jawapan daripada gadis itu tadi, membuatkan hatinya terfikir sejenak.
“Luka di tangan aku boleh sembuh dalam masa dua minggu. Mengapa kaki aku tak boleh sembuh? Aku nak berjalan balik! Aku nak berlari! Aku nak bawa kereta!” Suara Aldi bertambah nyaring sambil menampar-nampar pehanya. Dia kelihatan tidak karuan kembali.
“Kau rawat luka ditangan aku sehingga jadi baik! Mengapa kau biarkan kaki aku begini? Jawab!” Aldi menengking Nurlisa. Suaranya keras.
Nurlisa beristighfar di dalam hati.
“Encik, beristighfar banyak-banyak encik! Bukan saya yang sembuhkan tangan encik. Sihat dan sakit, kepunyaan ALLAH. Dia yang berkuasa menyembuhkan, bukan kita. Kita hamba ALLAH. Kita tidak ada apa-apa kuasa pun encik. Kalau ALLAH nak beri kesihatan yang baik, dia akan beri kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Kalau ALLAH hendak memberi penyakit, dia akan memberi kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba-NYA yang kerdil, kita kena terima segala yang ALLAH telah tentukan kepada kita encik.” Pertama kali, Nurlisa berbicara panjang lebar dengan lelaki itu. Tanpa rasa takut, dia meluahkan apa yang ada di dalam fikirannya. Itulah kebenarannya. Segala-galanya ALLAH yang menentukan.
“Ini semua ujian untuk kita. Walau apa pun kita harus bersyukur dan sujud kepada-NYA kerana DIA yang maha besar, maha agung.” Sambung Nurlisa lagi. Bagaimanapun, nada suaranya tetap tidak berubah. Tenang dan lembut. Tengkingan dan sergahan daripada lelaki itu langsung tidak menggoyahkan sikapnya. Dia yang selalu bersikap lembut dan tenang.
“Syukur? Sujud? Hey budak! Kamu menyindir aku, ya!” Sambil bersuara garang, jari telunjuk Aldi dihalakan ke wajah Nurlisa.
Nurlisa terkejut dan berasa sedih dengan sangkaan itu. “Ti... tidak encik! Saya tidak berniat menyindir encik.” Suara Nurlisa sayu.
“Saya jawab soalan encik, kerana ALLAH.” Ada air jernih berkumpul di penjuru matanya. Bagaikan terhiris, pedih hatinya kerana tuduhan itu, sedangkan dia tidak sedikitpun berniat untuk mengguriskan hati lelaki itu.
“Tempang! Sudah! Pergi dari sini! Aku mahu bersendirian!” Aldi menggerakkan kerusi rodanya dan beralih ke tepi pagar balkoni yang menghala ke arah barat rumahnya. Pandangan matanya dilontarkan ke arah halaman rumah.
Nurlisa benar-benar terkejut dengan panggilan yang diterimanya daripada Aldi. Dia tidak pernah berkecil hati apabila Aldi memanggilnya dengan panggilan ‘budak’ walaupun sudah berbulan dia bekerja dirumah itu. Namun panggilan atau gelaran tempang begitu mencarik perasaannya. Hatinya bagai direntap dan dicarik-carik sehingga menjadi berkeping-keping.
Sudahlah begitu, dirinya diusir pula seolah kucing kurap yang tidak diperlukan. Walaupun sudah berkali dia dihalau begitu, namun pada hari itu, usiran yang diterima walaupun dalam nada perlahan amat menyentuh hatinya. Kata penghinaan yang dilemparkan oleh Aldi sebentar tadi benar-benar telah meremukkan hatinya.
Nurlisa yang terhincut-hincut ketika berjalan, segera meninggalkan bilik Aldi. Air matanya menanti masa untuk mengalir deras di pipinya. Suara esakannya terpaksa ditahan sehingga dadanya dirasakan seolah akan meletup.
Aldi melontarkan pandangannya ke arah lain. Tidak ingin melihat susuk gadis itu yang terhincut-hincut berjalan meninggalkan dirinya. Dia menekup pipi dengan telapak tangannya. Menahan air mata yang tertumpah. Nafasnya seolah terhalang seketika. Apabila dia berpaling, Nurlisa sudah pun tiada. Matanya merenung langit yang tiba-tiba kelihatan mendung. Titis-titis gerimis tidak semena-mena menghadiri bumi, seolah langit pun sudah terluka dan menitiskan air mata seumpama hati gadis itu.


BACA SAMBUNGAN SETERUSNYA....DAPATKAN NOVEL INI DI PASARAN..

NOVEL SEBELUM NAFAS TERHENTI, PENERBIT ALAF 21, PENULIS JURIAH ISHAK

Thursday, March 3, 2011

PETIKAN: NOVEL REDHA TAKDIRMU



PUAS dipaksa dan dipulas telinga, dicubit dan ditampar, aku tetap berkeras sambil menangis bersungguh hati. Aku harapkan dengan deraian air mata yang melimpah, Idham akan berasa simpati. Rupa-rupanya harapanku hancur dan remuk. Idham, tetap dengan kehendak-nya. Kuasanya sebagai seorang suami. Sungguh, aku berasa amat tertekan sekali. Terlalu tertekan.
“Bagi sini nombor itu, jika tidak malam ini, rumah ini akan dibanjiri dengan darah abang!” suara Idham sudah semakin serak. Mungkin kerana dia telah bertempik dan memarahi aku hampir dua jam. Ancaman Idham mencemaskan aku. Jariku mengeletar sewaktu menuliskan nombor Norshakila dan menyerahkannya kepada Idham.
“Kamu duduk di situ dan jangan pergi ke mana-mana!” Idham menundingkan jari telunjuknya ke arah sofa yang berada tidak jauh daripada meja telefon.
Idham terus menghubungi Norshakila. Aku langsung tidak boleh mencelah perbualan mereka. Setiap kali aku cuba menghampiri Idham untuk menghalangnya dari terus bercakap dengan perempuan itu, Idham menunjukkan pisau-pisau yang dipegangnya kepadaku. Idham terus menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi dan meminta maaf bagi pihak diriku. Itulah yang aku dengar. Perbualan mereka tamat selepas 30 minit berlalu.
“Lidya mulai hari ini kamu mesti berjanji yang kamu tidak akan menghubungi mereka lagi. Jangan sebut namanya di hadapan abang walaupun sekali. Kalau abang dapat tahu Lidya berhubung dengan Syamil lagi, abang akan hancurkan mukanya!” Idham duduk di lantai berhampiran denganku. Kedua bilah pisau tadi masih di tangannya.
“Kamu masih nak ingati dia ke?” Idham menyoal dengan nada keras.
Aku terdiam, tidak tahu untuk menjawab apa. Dapatkah aku melupakan Syamil, lelaki yang telah mengisi seluruh ruang hatiku?
“Jawab!” Idham bertempik berulang-ulang sambil menampar-nampar tubuh badanku dengan kuat.
Aku masih membisu.
Idham terus meradang dan mencapai cuping telingaku pula dan dipulasnya dengan kuat.
“Sampai mati Lidya tidak boleh lupakan dia!” Bibirku terketar-ketar mengungkapkan ayat itu sambil menahan tangisan. “Tak boleh bang! Tak boleh! Lidya lebih rela mati!” Aku terus teresak-esak seperti anak kecil. Di hatiku tersendat pilu.
Kata-kataku itu tambah menaikkan darah Idham.
“Kamu nak tengok abang mati malam ini? Hah?” Idham menghempas-hempas kedua bilah pisau tadi ke dadanya.
“Tak nak bang! Tolonglah bang jangan buat begitu!” Aku terus merayu. Jika benar Idham nekad untuk membenamkan pisau menembusi dadanya sehingga membawa maut, apa yang aku ceritakan kepada keluarganya? Bagaimana dengan aku? Tubuh badanku sudah berbirat-birat kerana di pukulnya berkali. Segala rahsia yang aku sembunyikan selama ini akan terbongkar.
“Perangai kamu ini akan buat aku mati! Kamu bunuh aku dalam diam! Sekarang ni kamu masih nak ingat si Syamil itu atau tidak?” Idham terus bertempik. Lagi sekali tangannya hinggap di bahagian belakang leherku. Hanya TUHAN sahaja yang tahu bagaimana perasaanku pada waktu itu. Kekecewaan, kesedihan, kehampaan dan kesengsaraan seolah bersatu dan menyempitkan saluran pernafasanku. Ada ketikanya aku terpaksa mengangakan mulut untuk bernafas.
“Nah! Kamu bersumpah dengan al-Quran ini!” Idham mencapai sebuah al-Quran yang berada di rak buku berhampiran dengan televisen. Al-Quran sama yang digunakannya sewaktu menyuruh Syamil membuat janji bersumpah tempoh hari.
“Nak cakap apa?” Aku menyoal bodoh dengan suara yang sengau kerana hidungku sudah sendat oleh hingus kerana terlalu lama aku menangis. Lagi sekali telingaku dipulas oleh Idham
“Sekarang kamu ikut apa yang aku cakap!” Idham bersuara garang.
Dengan suara yang tidak berdaya, aku pun mengikut kata-kata yang diucapkan oleh Idham walaupun tidak sepenuhnya. Aku sudah terlalu letih. Letih fikiran, kecewa perasaan. Badanku rasa sakit dan sengal-sengal. Mataku sudah pedih. Air mataku sudah kering. Tekakku pun sudah terasa sakit.
“Degil! Keras kepala!” Serentak dengan suara itu, aku terasa ada benda keras menghempap atas kepalaku. Idham telah menghempuk kepalaku dengan al-Quran yang berkulit keras itu sekuat hatinya. Tidak cukup dengan itu dia menghempuk pipi kiri dan kananku juga dengan quran itu. Telingaku menjadi bengang tiba-tiba. Darah mengalir perlahan dari lubang hidungku. Kegetiran itu tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata atau suara, betapa aku berada di dalam rasa takut yang maha dalam.
Lembing-lembing tajam seolah berceracak menghala kepadaku. Menanti detik untuk merobek-robek serta menyiat sekujur tubuhku dengan amat kejamnya, lalu kelukaan-kelukaan yang parah akibat diterjah dengan senjata itu, disiram dengan cuka yang amat bisanya. Sungguh aku tidak tertahan menangggung pedihnya.
Idham benar-benar telah naik darah. Kemarahannya tidak terkawal lagi apabila aku ditampar bertubi-tubi pula. Aku tidak mampu melawan walaupun sedikit. Alangkah seksanya perasaanku pada waktu itu. Alangkah takutnya aku pada detik itu. Bagaikan berada di pernafasan terakhir, tidak ada sesuatu pun yang dapat aku lakukan. Hanya menanti dengan reda dan pasrah.
“Abang! Maafkan Lidya, bang! Lidya tidak buat lagi! Sudahlah abang! Kalau perpisahan dengan Abang Syamil boleh memberi kebahagiaan kepada abang, tak apalah, Lidya ikut segala kata abang! Cuma Lidya rasa sedih, inikah balasannya yang Lidya perolehi di atas segala budi yang Lidya hulurkan kepada orang!” Aku merintih dan merayu kepada Idham, memohon simpati dan berharap dia akan menghentikan segalanya. Pernafasanku bagaikan dilalui oleh udara beracun yang akan menyentak-nyentak tangkai jantung, menghentikan aliran darah, meleraikan gumpalan uratku dan mencabutnya satu per satu.
“Kalau abang mati kamu jaga diri kamu Lidya! Berhati-hati dan jangan terpedaya lagi dengan orang-orang seperti Syamil ini!” Keras suara Idham masih belum berkurangan. Dia duduk di atas kerusi rotannya sambil memicit-micit kepala. Dahinya dikerutkan berkali. Tubuhnya yang tidak berbaju berpeluh-peluh.
Kesedihanku kerana diperlakukan begitu oleh Idham dan kekecewaanku disebabkan oleh sikap Syamil serta kelukaanku yang disebabkan oleh Norshakila, ditambahi pula oleh rasa bimbang apabila melihat Idham di dalam keadaan itu. Dia benar-benar di dalam keadaan tertekan, kesal dan kecewa.
“Keluarga itu tidak boleh dibuat baik! Kalau abang tiada lagi, kamu ingat pesan ini Lidya! Jaga maruah kamu, diri kamu, jangan diperlekehkan oleh orang lain!” Idham menasihati dengan nada keras.
Pukul 3.45 pagi barulah aku berpeluang merebahkan diri untuk tidur. Idham dengan perasaan marah yang belum reda tetap menyambut tanganku sewaktu aku ingin bersalam dengannya sebelum tidur. Malam itu aku tertidur dengan esakan yang masih belum reda. Nasib baik aliran darah dari hidungku sudah berhenti. Namun, rasa bengang telingaku akibat dihempuk kepalaku dengan al-Quran masih tetap sama. Belakang leherku juga terasa amat sakit.

DERINGAN jam loceng mengejutkan aku. Kepalaku rasa sakit. Terlalu sakit. Begitu juga dengan tubuh badanku. Berat rasanya hatiku untuk membuka mata pada subuh itu. Berat juga rasa hatiku untuk pergi ke pejabat. Aku benar-benar rasa tidak berdaya. Idham di sebelahku masih keras dengkurnya. Mendengar suara azan yang berkumandang dari arah surau yang berhampiran, aku menggagahkan diri untuk bangun. Tekakku terasa mual dan loya sebaik sahaja aku bangun berdiri. Mujur keadaan itu hanya seketika.
Alhamdulillah, selepas mandi subuh itu, berwuduk dan solat subuh tubuhku rasa segar sedikit. Namun, telingaku tetap rasa bengang tambahan apabila tubuh badanku bergerak agak pantas. “Assalamualaikum, bang! Bang! Bangunlah bang! Abang bangunlah sembahyang subuh! Bang!” Aku menepuk-nepuk pipi Idham berkali-kali. Rambutnya kuusap perlahan. Sesekali aku mencium dahinya. Walaupun semalam aku dikasari sebegitu rupa, namun aku memaafkan segalanya tanpa dipinta.15 minit berlalu, Idham masih belum sedar. Dengkurannya tetap sama.
“Abang! Mengapa begini? Tolonglah bang, bangunlah!” Perasaan hatiku semakin cemas. Aku tidak putus asa untuk mengejutkan Idham. Mungkin dia terlalu letih kerana peristiwa semalam.
‘Kenapa ni?’ Hatiku menyoal sendiri. Ombak resak mulai bergelora di jiwaku. Aku menuju ke dapur dan mengambil semangkuk air. Idham tidak juga mencelikkan matanya walau kepala dan mukanya telah aku basahi dengan air. Aku membaca ayat Kursi dan meniupkan di telinga kanannya, namun Idham tidak memberi tindak balas. Kegelisahanku semakin menebal.
“ Abang!!!”
Malangnya, suaraku itu seolah tidak didengari oleh Idham. ‘Ya ALLAH, terlalu banyak dugaan terhadap hamba-MU ini. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya. Kini aku keseorangan di rumah ini. Tolonglah aku, Ya ALLAH.’ Begitu bisik hatiku untuk mententeramkan fikiran. Fikiranku semakin bergelodak apabila cecair merah mengalir semula dari lubang hidungku. Walau pun lelehannya amat perlahan dan sedikit tetapi aku benar-benar rasa takut dan cemas dan pada waktu yang sama, Idham masih tidak bergerak.
“Abang! Bangunlah bang! Janganlah begini!” Lagi sekali aku mengejutkan Idham. Dalam rasa takut dan cemas itu gagang telefon terus aku capai. Idham tidak boleh dibiarkan dalam keadaan begitu lebih lama lagi.
“Helo! Unit rawatan dan kecemasan! Tolong hantar ambulan ke rumah di nombor…”


REDHA TAKDIRMU
penulis: JURIAH ISHAK
terbitan : ALAF 21

NOVEL NUR TERBITAN ALAF 21



DAPATKAN NOVEL-NOVEL INI UNTUK TATAPAN ANDA SENDIRI. HADIAHKAN KEPADA TEMAN. KEPADA IBU. KEPADA ADIK. KEPADA KAKAK. KEPADA TEMAN BARU. TEMAN LAMA. KEPADA KEKASIH DAN KEPADA ORANG-ORANG YANG ANDA SAYANG.


CARILAH SESUATU DI DALAMNYA. UNTUK BERFIKIR SEJENAK. BERMUHASABAH SESAAT. MUDAHAN DAPAT MENELUSURI DI DALAM DIRI SENDIRI..DAPAT MENGENAL DIRI SENDIRI...