Tuesday, October 11, 2011

..........ingatan untuk seorang teman..

Seringkalinya orang yang memberitahu
Hakikat kebenaran
permusuhan terhadapnya
Tiada sempadan
Walau sebelumnya menabur berjuta kebaikan
Satu kejahatan kerana memberitahu kebenaran
Itu yang jelas pada pandangan
Berjuta kebaikan dilupakan..
Wahai teman
Sejauhmana dirimu berlari
Takkan sampai ke hujung bumi
Jika banyak yang telah dizalimi
Di saat mati diri dihimpit bumi
Setinggi mana dirimu terbang
Takkan dapat mengatasi awan
Satu saat diri akan tersungkur
Lemah sendiri di dalam kubur
Usah merasa dirimu hebat
Wajah tampan semua terpikat
Allah memerhati setiap saat
Akhir saat, wajah yang tampan dimakan ulat
Usah diikut dorongan nafsu
Membuat kerosakan tanpa silu
Sangkamu orang ramai tidak tahu
Di akhirat kelak, diri termalu
Hidup didunia tidaklah lama
Jangan-jangan sebentar lagi
Jangan-jangan esok pagi
Allah mengambil pergi
Tidak kah takut di dalam hati
Jika Tiada amal menemani
Di saat dunia semakin uzur
Semua orang akan ke kubur
Sedang dirimu semakin takbur
Setiap hari mencalit kotor..
Mengaku beriman, hakikatnya kufur..
Wahai teman
Tuhan melihat segalanya apa yang telah diperbuat
Seluruh pancainderamu akan menjadi saksi dihari kiamat
Walau didunia ini engkau melarikan diri daripada beribu
orang yang telah dikotori, dicemari dianiayai dizalimi
Di padang masyar, engkau pula yang akan mencari
Selagi tidak ditemui dan tidak memohon kemaafan
Tidaklah memperolehi keampunan dari Tuhan

3 comments:

  1. sangat menarik,terlalu tajam fikiran mu sehingga mampu mencoret sesuatu yg baru untuk seorg teman..

    ReplyDelete
  2. beginilah kehidupan Nisah..sepanjang lorong hayat kita akan bertemu dengan bermacam ragam manusia..tapi begitulah..hakikatnya..sulit untuk kita membantu orang lain yang tidak mahu membantu dirinya..yang menyedihkan kita pula yang akan dimusuhi..
    semoga Nisah..kju dan orang-orang yang kita sayang, sentiasa berpegang dengan tali ALLAH..selalu mengimpikan keredhaanNYA..

    ReplyDelete
  3. insyaallah...semoga kita same2 mndpt perlindungan dr Allah S.W.T

    ReplyDelete