1. Perjuangan melawan kekuasaan adalah perjuangan ingatan melawan lupa
2. Melayari kehidupan yang bergelora memerlukan jiwa yang perkasa, tidak
lemah, harus gagah.
3. Semoga terus gagah dan tabah menghadapi dugaan dari Allah meskipun sesekali
tertebar resah
4. Kehidupan ini satu perjuangan,
kekecewaan itu satu pengalaman.
Pengalaman itu akan mendewasakan pemikiran jika kita menjadikan ia
sebagai satu renungan dan ingatan untuk menempuh hari depan.
5. Kehidupan ini harus dan mesti diteruskan, bagaikan air sungai yang tetap
mengalir walaupun lesu, walaupun sarat walaupun sebak.
6. Apabila keresahan semakin menebal, cintapun semakin menipis.
7. Ada ‘insan’ yang terbenam di dalam keinginan memenuhi tuntutan fizikal
tanpa mengira spritual mungkin baginya itu yang utama.
8. Manusia-manusia yang tidak memahami seringkali memaksa insan lain menjadi
dirinya kerana sebenarnya dia telah kehilangan diri.
9. Aku cukup mengerti yang hatimu terlalu liar dan hatiku pun tidak jinak.
10. Aku tidak mampu untuk memenuhi keperluan yang menjadi tuntutanmu bahkan aku
tidak menduga cintamu boleh dinilai dengan mata benda.
11. Dalam hidup mesti menempuh kedukaan, kerana hidup adalah perjuangan..
No comments:
Post a Comment