MAAFKAN AKU SUAMI……….
Suamiku
Terbiar aku di persisiran duka
Ombak keinginan terhempas ganas
Ingin dibelai, dimesra,dicinta,dimanja
Di dalam kemelut rindu
Aku menelusuri jalan-jalan hati
Berteman sepi dan sunyi yang tersembunyi
Terbisik bicara kasih
Menabur kedukaan pedih
Tidak terduga
Tercantumlah setitik rasa
Di pelusuk jiwa
Walau enggan dipenuhi
Terpaksa mempeduli
Demi secebis kasih
Yang kami tagih.
Suamiku
Maafkan aku
Terpaling seketika
Aku yang terlupa, kembali terjaga
Menjerat hati, memecah setia
Kenyataan itu memang menyiksa
Harus diterima
Maafkan isterimu ini
Di dakapan kasihmu aku ingin kembali.
Jika derita ini tidak kau ulangi.
Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim
Sunday, February 28, 2010
tak rela dilukai
relakah aku terus dilukai
kerana berteduh kasih dihatimu
hati ini terus dikoyak
samakah ertinya
kasihku, kasihmu
kasih kita
jika benar seperti yang kau kata
dengan nilai ringgit atau dolar
mudahkah cintamu ditukar ganti
pabila ringgit mengambil tempat kasihku dihatimu
mestikah aku terus bertahan?
biarku pergi,
walau kasih tak pernah berhenti
kerana hati ini
tak rela dilukai.
kerana berteduh kasih dihatimu
hati ini terus dikoyak
samakah ertinya
kasihku, kasihmu
kasih kita
jika benar seperti yang kau kata
dengan nilai ringgit atau dolar
mudahkah cintamu ditukar ganti
pabila ringgit mengambil tempat kasihku dihatimu
mestikah aku terus bertahan?
biarku pergi,
walau kasih tak pernah berhenti
kerana hati ini
tak rela dilukai.
Subscribe to:
Comments (Atom)