Thursday, October 25, 2012

MAAFKAN AKU SUAMI




MAAFKAN AKU SUAMI……….

Suamiku
Terbiar aku di persisiran duka
Ombak keinginan terhempas ganas
Ingin dibelai, dimesra,dicinta,dimanja

Di dalam kemelut rindu
Aku menelusuri jalan-jalan hati
Berteman sepi dan sunyi yang tersembunyi
Terbisik bicara kasih
Menabur kedukaan pedih

Tidak terduga
Tercantumlah setitik rasa
Di pelusuk jiwa
Walau enggan dipenuhi
Terpaksa mempeduli
Demi secebis kasih
Yang kami tagih.

Suamiku
Maafkan aku
Terpaling seketika
Aku yang terlupa, kembali terjaga
Menjerat hati, memecah setia
Kenyataan itu memang menyiksa
Harus diterima
Maafkan isterimu ini
Di dakapan kasihmu aku ingin kembali.
Jika derita ini tidak kau ulangi.

Kata-kata puitis






1.     Perjuangan melawan kekuasaan adalah perjuangan ingatan melawan lupa

2.     Melayari kehidupan yang bergelora memerlukan jiwa yang perkasa, tidak lemah, harus gagah.

3.     Semoga terus gagah dan tabah menghadapi dugaan dari Allah meskipun sesekali tertebar resah

4. Kehidupan ini satu perjuangan,  kekecewaan itu satu pengalaman.  Pengalaman itu akan mendewasakan pemikiran jika kita menjadikan ia sebagai satu renungan dan ingatan untuk menempuh hari depan.

5. Kehidupan ini harus dan mesti diteruskan, bagaikan air sungai yang tetap mengalir walaupun lesu, walaupun sarat walaupun sebak.


6. Apabila keresahan semakin menebal, cintapun semakin menipis.

7. Ada ‘insan’ yang terbenam di dalam keinginan memenuhi tuntutan fizikal tanpa mengira spritual mungkin baginya itu yang utama. 

8. Manusia-manusia yang tidak memahami seringkali memaksa insan lain menjadi dirinya kerana sebenarnya dia telah kehilangan diri.

9. Aku cukup mengerti yang hatimu terlalu liar dan hatiku pun tidak jinak.

10. Aku tidak mampu untuk memenuhi keperluan yang menjadi tuntutanmu bahkan aku tidak menduga cintamu boleh dinilai dengan mata benda.


11. Dalam hidup mesti menempuh kedukaan, kerana hidup adalah perjuangan..

Thursday, September 6, 2012

PUISI UNTUK SAHABATKU

kian lama aku tidak berpuisi
sukar untuk menitipkan kata-kata
yang membawa sejuta makna
hanya keranamu sahabatku
aku ingin berpuisi kembali
pilunya seluruh sanubari
bertunjang akarnya melilit perasaan
saat kau katakan
’peluklah daku sekiranya kita bertemu’
pasti
itulah yang akan kulakukan
jika kesempatan bertandang
itulah jawabku
buat tatapan matamu
tanpa kau lihat
titis airmata yang melimpah dipipiku
kerana hati digigit rindu
aku rindu kasih sayangmu
aku rindu gurau sendamu
aku rindu pesan nasihatmu
aku rindu untuk melihat kau tersenyum
dan ketawa mendengarku bercerita
sahabatku
doakan kepada TUHAN
temukan kita sebelum kita tiba di pelabuhan
minta kepadaNYA. minta.
supaya kita sempat berdakapan
sebelum pulang ke perkampungan.,,

Tuesday, July 24, 2012

KESETIAANKU HANYA UNTUKMU

Sekali lagi aku terkejut..macam manalah cover novel aku yang ke tiga ini boleh muncul di internet..?

Thursday, July 12, 2012

JURIAH ISHAK

Pembaca sekelian..sila layari blog di bawah untuk menatapi petikan novel-novel karya yang telah diterbitkan terima kasih.. http://noveljuriahishak.blogspot.com/

Tuesday, March 20, 2012

NOVEL:SELAGI NAFAS BELUM BERAKHIR





NOVEL KE 2 ..yang diterbitkan oleh Rhythmn Publisher..
entah macam mana boleh muncul covel novel ni dalam internet..