Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim
Monday, July 7, 2014
Novel Sapu Tangan Biru
Alhamdulillah, akhirnya lahir lagi sebuah novel saya dengan penerbitan Alaf 21. Tajuk asalnya Di Hatiku Ada Kamu. Saya mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan novel ini dengan menghimpunkan 184 984 patah perkataan. Setelah menjalani proses editing lebih 40 000 patah perkataan telah dibuang untuk mengelakkan novelnya menjadi terlalu tebal.
Akhirnya novel yang sudah siap dicetak dengan tajuk Sapu Tangan Biru mempunyai ketebalan 695 muka surat.
Dapatkanlah novel ini di pasaran.
atau beli secara on line
http://mall.karangkraf,com
Monday, February 3, 2014
Monday, January 20, 2014
Benarkah Ada Bahagia Di Dalam Derita
Semua orang ingin menikmati kebahagiaan di dalam hidupnya. Tidak pernah ada orang yang mengimpikan penderitaan.Namun hanya segelintir manusia sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan. Ramai yang bertemankan penderitaan dan kesengsaraan. Saat itu jiwa bagaikan terhimpit. Dunia ini bagai dipenuhi duri kerikil yang amat tajam. Pasti akan melukakan kaki sewaktu melangkah. Pasti pedih. Pasti perit. Namun adakah disebabkan itu kita sebagai manusia berhenti untuk melangkah?
Kehidupan ini mesti diteruskan. Hayunan langkah tidak mungkin kita hentikan kerana kita perlu mencari sesuatu untuk hidup.
Kehidupan ini mesti diteruskan. Hayunan langkah tidak mungkin kita hentikan kerana kita perlu mencari sesuatu untuk hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)