Mencari sahabat yang baik bukanlah suatu perkara yang mudah. Mencari sahabat yang baik ibarat mencari permata di dalam pasir.
Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim
Wednesday, November 6, 2013
Tuesday, August 20, 2013
Sepi tanpamu
sepi semakin menggigit
memamah
meratah
tangkai hati
saat engkau membisu
hati diulit rindu
ingin bertemu
entah bila
lorong itu akan membuka
tanpamu
aku sepi
tanpamu
aku rindu
memamah
meratah
tangkai hati
saat engkau membisu
hati diulit rindu
ingin bertemu
entah bila
lorong itu akan membuka
tanpamu
aku sepi
tanpamu
aku rindu
Thursday, July 18, 2013
Cakap besar?Jangan kawan dengan aku!!
....kalau orang-orang disekeliling
kita menganggap dirinya sahaja yang hebat…
Contohnya begini..
Sketsa Pertama
Dulu aku ada seorang teman yang
menganggap akulah temannya yang paling karib.
Pada waktu itu aku bekerja di sebuah kilang,jawatan pun hanyalah
operator pengeluaran. Sebenarnya aku
tidak pernah menduga pun yang aku akan bekerja sebagai operator pengeluaran
selepasa tamat persekolahan. Selepas
tamat STPM, keluarga tidak mampu untuk terus membiayai pengajianku lantas aku
pun melamar pekerjaan di kilang itu.
Tersasarlah cita-citaku untuk menjadi peguam, pensyarah atau akauntan.
Dipendekkan cerita, di kilang itu
M mula berbaik denganku setelah berkenalan denganku di production. Kata M dia sangat menyayangi dan menyenangi
sikapku. Aku menerimanya sebagai sahabat
seadanya tambahan pula aku merantau di negeri orang. M pula orang tempatan.
Persahabatan aku dengan M berjalan dengan baik walaupun aku kadangkala terluka
dengan kata-kata M yang sesekali ke angkasa tinggi, tidak mampu aku
menggapainya. Maklumlah siapalah aku.
Satu hari M memberitahu aku dia
ingin mengikuti kelas menjahit. Dia
memberitahu aku begini.
‘M memang teringin sangat hendak
belajar menjahit tu. Tak kisahlah
walaupun terpaksa membayar setengah ribu
pun’, Aku hanya tersenyum sebab
pertamakali mendengar orang membuat kenyataan begitu. Biasanya orang akan menyebut lima ratus.
Tetapi biasalah, ribu bukankah lebih besar dari ratus? Tentulah orang yang sanggup mengeluarkan
ribu-ribu ni orang yang banyak duit….aku ni..ada seringgit dua aje..
Dipendekkan cerita baru 2 minggu
M belajar menjahit dia mendapat tawaran ke IKM Terengganu. Dia pun mengambil keputusan untuk ke
Terengganu. Aku sedih juga, maklumlah M satu-satunya teman rapatku. M menangis sewaktu hari terakhir kami
bersama. Dia sedih sangat untuk berpisah
denganku. Itulah katanya.
Sebulan selepas itu, M bercuti
dan datang ke kilang tempatku bekerja semata-mata untuk bertemu denganku yang
sangat dirinduinya, katanya. Dia
bersembunyi di sebalik tiang besar di dalam kilang dan mengintai aku dari
jauh. M tidak sabar-sabar menunggu siren
yang menandakan waktu tamat kerja bagi semua operator pada shift itu.
Dia terus meluru dan memeluk aku
sebaik sahaja kami bertemu. M pada hari
itu memakai gaun berwarna putih beropol-ropol.
Sebelum ini M hanya berbaju kurung sahaja. Kami pun berbual dan bercerita. Dalam pertemuan itu M menceritakan yang dia telah
mendapat tawaran bekerja di TNB…Aku mengucapkan tahniah kepadanya. Aku juga yang meneruskan kerja sebagai
operator.
Kerap juga M menalipon aku di
rumah. Perbualannya seperti selalu. Maklumlah, orang dah bekerja di sebuah
syarikat koperat. Aku minah kilang…
Pada suatu hari M menghubungiku
di rumah sewaku.
Ceritanya begini.
‘Sekarang ni M hari-hari main
computer. Tak sangka pula bidang yang
asing pada M dulu akan menjadi biasa pada M’.
M pun bertanya kepadaku. Ju kat tempat kerja ada pegang computer tak?
(sedangkan dia sudah tahu, pada waktu itu aku hanya operator, bukannya staf di
pejabat sudah tentu tidak terlibat dengan penggunaan computer)
Secara kebetulan pada waktu itu
aku memang sedang mengikuti kelas computer.
Aku pun menjawab sejujurnya.
‘Sekarang ni Ju sedang belajar computer. Program Lotus dan Wordstar’. M ketawa besar sewaktu mendengar jawapanku
lalu dia memberi komentar begini’, apalah ju ni! orang belajar komputer apple
ke..apalah! (hinanya aku rasa), aku letakkan talipon.
Sebulan selepas itu M menghubungi
lagi. Sebelum itu dia ada menghubungi
seorang teman kami yang masih bekerja dikilang denganku. M ada berpesan kepada Kakak N dan memberi
nombor taliponnya kepadaku. Aku tawar
hati untuk menghubungi M kerana selalu berasa rendah diri apabila mendengar
kata-katanya.
Dalam perbualan itu M mula-mula
menyuarakan isi hatinya yang agak berkecil hati dengan sikapku.
‘Sampai hati Ju tak talipon
M. Asyik M aje yang teringat-ingat pada
Ju’, begitulah katanya. Pada hari itu M
bercerita kepadaku yang dia baru membeli Microwave berharga lebih
RM4000.00. Dia pun bertanya kepadaku,
sama ada aku akan mengikut langkahnya untuk menggunakan Microwave. Aku hanya ketawa kecil. M seterusnya berkata begini.
‘Ju nak tau tak. Sekarang ni M sibuk sangat. Tambah-tambah pula M kena ikut kelas memasak
menggunakan Microwave ni. Ju taulah kan ..orang macam M ni
kenalah masak-masak gunakan Microwave…….(amboii tingginya M jika dibandingkan
dengan aku ni)
Pap! aku terus meletakkan gagang
talipon. Sejak hari itulah aku tidak
mendengar suara M lagi. Dan aku pula
tidak berasa rugi…
Biarlah luncai terjun dengan
labu-labunya…aku tetap begini..siapalah aku!
Hampir 20 tahun aku dan M terputus hubungan..aku tetap
mengenanginya..namun untuk menghubunginya mungkin tidak kerana ..hatiku telah terluka..
Sketsa Kedua
Teman-teman sepejabat sedang
membincangkan tentang sebuah drama di televisen yang sedang popular. Aku hanya mendengar dari jauh. Sebenarnya, perdebatan dalam soal-soal begitu
aku tidak minat untuk ikut serta…siapalah aku ni..lebih baik aku buat kerja
aku.
Dalam perbincangan mereka itu,
aku mendengar salah seorang daripada mereka mengatakan yang jalan cerita drama
itu sudah mulai merepek. Drama itu baik
di awal ceritanya sahaja. Aku tidak memberi
apa-apa ulasan sebab aku tidak menonton
sangat drama tersebut. Lagpun pada aku,
drama itu hanyalah karya fiksyen bersasarkan kreativiti penulisnya. Sudah tentu
ada babak-babak atau perwatakan yang kadangkala tidak munasabah untuk menarik
penonton. Tiba-tiba aku mendengar salah
seorang yang sedang memberikan pendapatnya tentang drama itu berkata begini..dengan
suara kuat.
“Saya tak mahu tengok drama itu
lagi! Dah merepek-repek. Macam novel Juriah-merepek-repek”
Pulak! apa kena mengenanya drama
itu dengan novel yang aku tulis. Masyaallah. Beginilah perangai manusia. Berkata sesuatu sesedap mulutnya sahaja tanpa
mengira perasaan orang yang mendengarnya…maklumlah siapalah aku..kan ! Biarlah mereka
terus menganggap diri mereka hebat atau terhebat
aku..tetap begini…. Bakat yang
ada padaku pinjaman daripada ALLAH..
Aku tetap juga akan berkarya! Biarlah
orang melabelkan novel aku apa pun..sekurang-kurangnya ada juga penerbit yang
menghargai bakatku..5 buah novel telah diterbitkan dan dijual seluruh Malaysia ..ada
juga orang membeli dan membacanya…ada juga rezeki untukku dari bakat yang
dianugerahi ALLAH ini…walaupun tulisanku diperlekehkan….
sedarlah wahai hati..Yang hebat
itu hanyalah ALLAH…Sombong itu selendang ALLAH…sifat ujub dan riak itu akan
memakan segala amal ibadahmu..janganlah sampai dirimu muflis di hari akhirat
nanti…(ingatan untuk diri sendiri)
Tuesday, March 5, 2013
Rintihan Hati Seorang Aku...
Apakah erti perkahwinan bagi seorang 'aku'
Bagai taman bunga yang penuh warna warni?
TIDAK!
dan kejam
menelan aku dalam gelombangnya....
Sampai satu saat
aku telah tidak berdaya lagi
lemas dan meronta
tapi
siapa yang peduli.....?
setiap detik batin menjerit
hendak dilimpahkan airmata
di dada siapa...?
derita ini
akan adakah hujungnya
kelukaan yang kian parah
bisakah ditemukan penawarnya..
atau
derita itu mendakap setia
sampai ke ujung nyawa....
akan kupujuk hati ini
sendiri
bahagia ini bukan milikmu
gembira bukan kepunyaanmu
genggamlah ukiran duka yang terpahat dijiwa..
jika itu memang sudah
ditakdirkan untukmu....
Thursday, January 31, 2013
Puisi -Saat Engkau Pergi
Untuk bersama dia
Sedang aku semakin mendekat
Batinku bertempur hebat
Antara rindu yang mengikat
Dan cemburu yang semakin lebat
Namun aku tidak dapat menghalangmu
Hanya memandang
Dalam debar hati yang semakin bergoncangan…..
Tuesday, January 29, 2013
Hanya Kenangan
JABATAN PELAJARAN PERAK
Selepas berkhidmat disektor swasta lebih kurang 14 tahun,saya berkhidmat di sektor awam mulai Mei 2002.Jabatan Pelajaran Perak tempat posting saya yang pertama sebagai penjawat awam.Saya bertugas di Unit Pencen.Kini segalanya tinggal kenangan.Saya telah bertukar tempat bertugas dan kembali ke daerah Kuala Kangsar.
Subscribe to:
Posts (Atom)